Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

LKAN 2/2026 : Unjuran kos kontrak Pan Borneo Sabah meningkat RM1.05 bilion

Read Time:1 Minute, 40 Second

KUALA LUMPUR: Unjuran kos kontrak keseluruhan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 meningkat kepada RM18.960 bilion daripada RM17.910 bilion, iaitu pertambahan RM1.050 bilion.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/ 2026, kos meningkat kepada RM18.394 bilion selepas mengambil kira perubahan kerja bersih yang diluluskan, sebelum tambahan anggaran RM566 juta menjadikan unjuran RM18.960 bilion.

Tambahan RM566 juta itu merangkumi RM120 juta bagi pelanjutan kontrak perunding dan perkhidmatan, serta RM446 juta anggaran tuntutan loss and expenses dan pelarasan harga susulan pelanjutan kontrak pembinaan.

Bagi 15 pakej Fasa 1A, unjuran kos keseluruhan projek ialah RM11.323 bilion, melebihi siling RM10.336 bilion sebanyak RM987 juta atau 9.5 peratus.

Audit menyatakan peruntukan tambahan diperlukan bagi membolehkan projek disiapkan.

KKR memaklumkan permohonan perubahan kos perlu dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi, tetapi siling bagi pembayaran tahun 2026 masih mencukupi ketika maklum balas diberikan.

RM18.960 bilion merupakan unjuran kos kontrak. Perbelanjaan sebenar keseluruhan Fasa 1 yang direkodkan sehingga 31 Mac 2026 ialah RM10.547 bilion daripada peruntukan diterima RM11.153 bilion.

Dalam laporan itu juga Pampasan pengambilan tanah berjumlah RM228 juta masih belum dibayar, manakala 3,459 struktur belum dirobohkan bagi Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 setakat 31 Mac 2026.

LKAN 2/2026 memperincikan baki pampasan RM144 juta bagi Fasa 1A dan RM84 juta bagi Fasa 1B. Struktur belum dirobohkan pula terdiri daripada 99 di Fasa 1A dan 3,360 di Fasa 1B.

Pengambilan tanah keseluruhan melibatkan 6,513 pemilik dan kawasan seluas 2,237.966 hektar.

Audit mendapati pewartaan tanah tidak menjamin tapak tersedia secara fizikal untuk pembinaan. Pengosongan kawasan, pembayaran pampasan dan perobohan struktur masih belum selesai.

Bagi 11 pakej Fasa 1A, halangan struktur mengambil masa antara 38 hingga 89 bulan untuk diselesaikan selepas tarikh masuk tapak.

KKR menjelaskan kapasiti penilaian terhad kerana Jabatan Tanah dan Ukur Sabah hanya mempunyai tujuh jurunilai berbanding jumlah lot serta struktur yang banyak.

Sebagai langkah mitigasi, 29 jurunilai swasta daripada 12 firma dilantik. Jumlah pampasan yang direkodkan juga boleh meningkat selepas penilaian dan surat tawaran selesai.

LEAVE A RESPONSE