Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

LKAN 2/2026 : Lima lanjutan masa, projek kuarters bomba Semporna ditamatkan pada kemajuan 25 peratus

Kuala Lumpur: Projek pembinaan semula kuarters Balai Bomba dan Penyelamat Semporna bernilai RM14.39 juta ditamatkan pada 11 Mac 2025, selepas mencatat kemajuan hanya 25 peratus meskipun menerima lima lanjutan masa.

Menurut LKAN 2/2026, lanjutan masa yang diberikan berjumlah 1,164 hari, dengan tarikh penyiapan baharu ditetapkan pada 15 Februari 2025.

Kontrak asal projek di bawah KPKT itu berlangsung dari 2 Januari 2020 hingga 9 Disember 2021.

Antara justifikasi lanjutan masa ialah masalah pembekalan simen, kerja cerucuk yang memerlukan penyiasatan tanah tambahan serta perubahan reka bentuk asas bangunan.

Audit mendapati penamatan berpunca daripada ketidakupayaan kewangan kontraktor, kegagalan melaksanakan kerja mengikut program serta kelemahan pengurusan dan pemantauan.

Sejumlah RM2.83 juta telah dibelanjakan setakat 13 Februari 2025.

Gambar tapak bertarikh 12 Ogos 2026 yang dimuatkan dalam laporan menunjukkan kawasan projek ditumbuhi semak samun.

Dalam maklum balas pada 30 Julai dan 27 Ogos 2026, KPKT memaklumkan projek telah ditender semula bagi pelantikan kontraktor penyiap.

Tender diiklankan pada 30 Jun 2026 dan ditutup pada 18 Ogos 2026.

Ketika maklum balas diberikan, projek berada pada peringkat penilaian tender, dengan Surat Setuju Terima dijangka dikeluarkan pada November 2026.

LEAVE A RESPONSE