Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

SUKMA XXII : Evan Rich sumbang emas, catherine raih perak buat Sabah di pentas memanah

Read Time:1 Minute, 12 Second

BANGI: Skuad memanah Sabah hari ini menghadiahkan pingat emas buat negeri itu menerusi acara Recurve Perseorangan Lelaki yang berlangsung di Stadium INSPEN, Bangi, di sini pada Khamis.

Atlet, Evan Rich Chong Qi Wei yang menghadiahkan pingat itu mempamerkan aksi cemerlang dan penuh keyakinan dalam perlawanan akhir apabila berjaya menewaskan wakil tuan rumah, Muhammad Irfan Hilmi dari Selangor dengan keputusan 7-1 untuk muncul juara acara tersebut.

Kemenangan itu sekali gus membuktikan keupayaan pemanah Sabah untuk bersaing di peringkat tertinggi serta menjadi antara penyumbang utama pingat emas kepada kontinjen negeri dalam temasya kali ini.

Sepanjang saingan akhir, Evan dilihat menguasai perlawanan dengan ketepatan panahan yang konsisten dan berjaya mengatasi tekanan daripada sorakan penyokong tuan rumah bagi memastikan pingat emas menjadi milik Sabah.

Sementara itu, Sabah turut meraih satu lagi kejayaan menerusi acara Compound Perseorangan Wanita apabila Catherine Looi Mei Qi membawa pulang pingat perak selepas memberikan tentangan sengit kepada lawannya dari Perak.

Dalam aksi final yang berlangsung penuh dramatik, Catherine hanya dipisahkan satu mata apabila mencatatkan 142 mata, manakala wakil Perak, Puteri Qaira Qistina, meraih 143 mata untuk memenangi pingat emas.

Walaupun terlepas peluang meraih gelaran juara, prestasi Catherine tetap wajar diberikan pujian kerana berjaya mengekalkan rentak cemerlang sepanjang pertandingan dan hampir mencipta kejutan pada saat-saat akhir.

Skuad memanah Sabah sebelum ini turut meraih pingat emas menerusi acara Compound 50 meter Perseorangan Wanita menerusi atlet Catherine dan satu gangsa menerusi Quik Chern Xin dalam acara Recurve 70 meter lelaki. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE