Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Lelaki dipenjara setahun, didenda RM200,000 miliki tiga tenggiling

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki tiga ekor tenggiling hidup.

Tertuduh, Irfan Zainudin, 45, membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Suhailla Selag, mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Dia didapati memiliki tiga ekor tenggiling spesies Pangolin (Manis javanica), iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual 1, Bahagian 1, Nombor 13, Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Kesalahan itu dilakukan pada 28 September lalu, kira-kira jam 5.30 petang, di perumahan pekerja N.Y Hiew (Holdings) Sdn. Bhd. di Kunak.

Mengikut Seksyen 41(4)(a) enakmen sama, pesalah yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM250,000, selain hukuman penjara antara satu hingga lima tahun.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama setahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar Sabah, Primus Lambut, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LEAVE A RESPONSE