Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Lelaki didakwa tipu RM40,000 tawar projek bina masjid

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menipu membabitkan wang berjumlah RM40,000 berkaitan tawaran projek pembinaan sebuah masjid di Kota Marudu.

Tertuduh, Abd Rudi Jenain, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Herman Hussain.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperdayakan seorang lelaki supaya mempercayai bahawa dia menawarkan projek membina masjid di Pitas, Kota Marudu, dan dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM40,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada kira-kira jam 12 tengah hari, 9 Mei 2023 di Grace Point, Jalan Sembulan, dan pada 6 Jun 2023 di sebuah restoran di Kota Marudu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan dua penjamin tempatan serta menetapkan 28 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.

Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis mengendalikan pendakwaan.

LEAVE A RESPONSE