Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan 12 November untuk pengurusan kes secara e-Review bagi menentukan tarikh keputusan rayuan Kerajaan Persekutuan berhubung tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari Sabah bagi tempoh 1974 hingga 2021.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Azhahari Kamal Ramli, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Datuk Amarjeet Singh Serjit Singh menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan semua pihak yang terlibat.
Panel berkenaan memaklumkan bahawa pihaknya memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti hujahan semua pihak sebelum membuat keputusan.
BERITA LANJUT MENYUSUL…..





