Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Emmabell terima insentif kejayaan dari Kerajaan Sabah


KOTA KINABALU: Atlet Muaythai Sabah, Emmabell Cassandra menerima insentif  berjumlah RM5,000 atas kejayaaan menjuarai kategori wanita dalam kejohanan Byon Combat Showbiz 7 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Jumaat lalu.

Penyerahan insentif dari Kerajaan Negeri itu adalah sebagai pengiktirafan atas kejayaan cemerlangnya di pentas antarabangsa dan disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Khamis.

Hajiji turut merakamkan ucapan tahniah serta menyatakan rasa bangga terhadap pencapaian Emmabell yang berjaya mengharumkan nama Sabah dan negara.

Beliau berkata, kejayaan itu membuktikan keupayaan atlet negeri ini untuk bersaing dan menyerlah di peringkat antarabangsa, sekali gus menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang sukan.

Majlis penyerahan insentif itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Juil Nuatim dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Mansur  Asun.

LEAVE A RESPONSE