Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Tempah bilik hotel guna kad ATM rakan, lelaki dipenjara tiga tahun

Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang penganggur dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana menggunakan kad mesin juruwang automatik (ATM) milik rakannya tanpa kebenaran untuk menempah bilik hotel.

Tertuduh, Mohammad Harith Ihsan, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Monica Linsua.

Mengikut pertuduhan, tertuduh tanpa maksud yang sah terlibat secara langsung dalam transaksi berjumlah RM200 menggunakan akaun bank milik seorang wanita di Alliance Bank, Jalan Gaya, pada 25 Februari lalu, jam 5.41 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 424C(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM150,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mangsa menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Alliance Bank yang memaklumkan terdapat transaksi berjumlah RM200 menggunakan kad ATM miliknya bagi pembayaran sewa bilik di sebuah hotel, dekat sini.

Mangsa kemudian mengesyaki transaksi itu dilakukan oleh rakannya, iaitu tertuduh, kerana beberapa hari sebelum kejadian, iaitu pada 19 Februari 2026, dia telah menyerahkan kereta miliknya kepada tertuduh untuk pemasangan bodykit.

Dompet mangsa yang mengandungi kad ATM turut tertinggal di dalam kenderaan tersebut.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Siasatan mendapati tertuduh menemui kad ATM milik mangsa di dalam kereta berkenaan sebelum menggunakannya tanpa pengetahuan dan kebenaran mangsa untuk membuat pembayaran tempahan bilik hotel.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LEAVE A RESPONSE