Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Profesor universiti bebas 21 pertuduhan tuntutan palsu

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang profesor universiti hari ini bebas daripada 21 pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan dana penyelidikan berkaitan hidupan marin di Sabah.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga melepas dan membebaskan Prof Dr Charles Santhanaraju Vairappan daripada semua pertuduhan tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Dalam penghakimannya, Jason berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen dalam pertuduhan berkenaan.

“Dalam menilai keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah sepanjang kes pendakwaan, berdasarkan fakta yang ada, saya mendapati terdapat keraguan dalam keterangan yang dikemukakan sehingga pertuduhan gagal dibuktikan.

“Ia termasuk bahawa tertuduh mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran material palsu, yang dipercayainya sedemikian, dengan niat memperdayakan prinsipalnya seperti dinyatakan dalam pertuduhan,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan dikembalikan dan pasport Charles diserahkan semula.

Charles mengaku tidak bersalah terhadap kesemua 21 pertuduhan pada 20 Julai 2022 di Mahkamah Khas Rasuah, di sini.

Dia dituduh mengemukakan dokumen tuntutan berupa resit rasmi yang mengandungi butiran palsu kepada pegawai Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah (UMS) antara Mei 2014 hingga April 2017 dengan niat memperdayakan prinsipalnya.

Resit berkenaan membabitkan bayaran antara RM300 hingga RM5,550 dengan jumlah keseluruhan RM66,190 bagi antaranya aktiviti menyelam, sewaan bot ke beberapa pulau dan sewaan van, sedangkan perbelanjaan berkenaan sebenarnya tidak dibuat.

Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah yang terbabit atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memanggil 26 saksi sepanjang perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip daripada SPRM mengendalikan pendakwaan, manakala Charles diwakili peguam Zahir Shah, Baldev Singh dan Kelvin Wong.

LEAVE A RESPONSE