Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Lelaki nafi tuduhan pecah amanah

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan wang keseluruhan RM25,000.

Chang Kon Hee, 75, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan.

Bagi pertuduhan pertama, Chang didakwa sebagai individu yang diamanahkan dengan wang RM15,000 melalui cek tunai, melakukan pecah amanah jenayah dengan menyalahgunakan wang berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 6 Oktober 2023 di Public Bank Berhad, Taman Che Mei, Jalan Penampang, Lido, di sini.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan wang RM10,000 juga melalui cek tunai di lokasi sama pada 16 Oktober 2023.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 26 Oktober depan untuk sebutan semula dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin tempatan.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis sekali sebulan dan tidak mengganggu saksi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LEAVE A RESPONSE