Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Jadi tukang urut, dua warga China didenda langgar syarat pas

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Dua wanita warga China masing-masing didenda RM500 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah melanggar syarat Pas Lawatan Sosial dengan bekerja sebagai tukang urut.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap He Longhua dan Li Hualan serta memerintahkan mereka dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Kedua-dua tertuduh membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan berasingan, He dan Li sebagai warganegara asing didapati tanpa sebab munasabah melanggar syarat Pas Lawatan Sosial yang dikeluarkan kepada mereka dengan bekerja sebagai tukang urut.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah premis di Damai Plaza, Luyang, kira-kira jam 10 malam pada 28 Julai lalu.

Kedua-duanya didakwa mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Imigresen Kamrul Md Yusof.

LEAVE A RESPONSE