Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Cuba jual cincin emas palsu, wanita warga asing didakwa

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga Filipina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan cuba menipu dengan menjual cincin emas palsu sebagai emas tulen.

Binah Warajid, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan.

Mengikut pertuduhan, Binah didakwa cuba menipu seorang pekerja lelaki dengan memperdayakannya supaya mempercayai bahawa sebentuk cincin emas yang hendak dijualnya diperbuat daripada emas tulen, sedangkan tertuduh mengetahui barang kemas berkenaan adalah palsu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai emas di, 1 Borneo Hypermall, kira-kira jam 2 petang pada 4 Ogos lalu.

Binah didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.

Seksyen 420 memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Seksyen 511 memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi separuh daripada tempoh maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan berkenaan.

Mahkamah menetapkan 3 September depan untuk sebutan lanjut kes dan memerintahkan tertuduh terus direman sehingga tarikh berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LEAVE A RESPONSE