Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Hujan berterusan dijangka landa tiga kawasan di Sabah hingga Khamis

KOTA KINABALU: Penduduk di Kudat, Pitas dan Paitan diminta berwaspada susulan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berkuat kuasa sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, amaran itu melibatkan kawasan Kudat dan Pitas di daerah Kudat serta Paitan di daerah Sandakan.

Selain Sabah, amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kelantan iaitu Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang dan Tanah Merah.

Di Terengganu, kawasan yang dijangka mengalami hujan berterusan ialah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan cuaca semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga, terutama di kawasan berisiko banjir.

LEAVE A RESPONSE