Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

YKN sumbang RM200,000 bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, di Bilik Danum di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Selasa.

Dalam kunjungan hormat itu, Hajiji turut mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) atas keprihatinan kementerian itu menerusi agensinya, Yayasan Kebajkan Negara (YKN) menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000 bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan terima kasih atas keperihatinan KPWKM menyerahkan sumbangan bantuan untuk membantu mangsa kebakaran di Sandakan,” katanya.

Turut hadir Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Ag Shaminan Ag Sahari; Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Walter Kenson dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Kebajikan Negara, Nordina Haron.

LEAVE A RESPONSE