Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Tun Musa terima kunjungan Premier Sarawak di Istana Seri Kinabalu

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Istana Seri Kinabalu, di sini, pada Jumaat.

Kunjungan berkenaan merupakan sebahagian daripada rangka lawatan rasmi Abang Johari bersama rombongan beliau ke Sabah.

Terdahulu, Abang Johari menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Pertemuan Tun Musa dan Abang Johari itu turut menyaksikan pertukaran cenderahati serta sesi bergambar bersama rombongan Premier Sarawak.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Zainudin Aman.

LEAVE A RESPONSE