KOTA KINABALU : Dua daerah di Sabah dilaporkan mengalami cuaca panas tahap berjaga-jaga yang boleh mencecah suhu sehingga 37 darjah celcius.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, dua daerah itu adalah di Kudat dan Telupid.
“Terdapat dua kawasan di Sabah iaitu Kudat Telupid berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) dan tiga di Sarawak iaitu Sri Aman, Lubok Antu dan Marudi,” menurut kenyataan itu di sini.
Tahap gelombang haba itu boleh mencapai suhu maksimum harian yang melebihi 37 darjah Celcius hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Orang ramai boleh melayari https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mengetahui maklumat terkini status cuaca panas harian. – SABAH MEDIA






