Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Tiga dipanggil bantu siasatan kes murid didakwa dibuli

Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Polis telah memanggil tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes seorang murid perempuan yang dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah asrama sekolah di Tenom, yang videonya tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Tenom, Superintenden Azmir Abd Razak mengesahkan telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian tersebut hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, Seksyen 507B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Azmir berkata siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada 11 Jun lalu di sebuah asrama sekolah di daerah Tenom melibatkan mangsa Tahun Lima.

“Setakat ini, tiga individu telah dipanggil ke Ibupejabat Polis Daerah Tenom bagi membantu siasatan, termasuk pelaku dan individu yang dipercayai terlibat dalam rakaman serta penyebaran video kejadian tersebut.

“Beberapa barang kes turut dirampas bagi tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Azmir menegaskan pihak polis memandang serius sebarang bentuk perbuatan buli, keganasan serta penyebaran kandungan yang boleh mengaibkan atau mengancam mangsa.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan semula video kejadian kerana ia boleh menjejaskan siasatan selain memberi kesan kepada kebajikan dan emosi mangsa yang masih di bawah umur.

Katanya, siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

LEAVE A RESPONSE