Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Hajiji hadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-149 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Hajiji menerusi hantaran di Facebooknya berkata, mesyuarat berkenaan menjadi platform penting bagi memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri dalam usaha memastikan pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat terus diberi keutamaan.

Menurut beliau, pelbagai perkara berkaitan pembangunan negara, penyelarasan dasar serta isu-isu yang melibatkan kepentingan negeri-negeri dan rakyat telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

“Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri demi kemajuan serta kesejahteraan rakyat,” katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Sabah akan terus memberikan komitmen penuh dalam memperkukuh hubungan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan agenda pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Katanya, kerjasama erat antara kedua-dua pihak penting bagi membawa kemajuan kepada Sabah serta meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri itu.

LEAVE A RESPONSE