Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Tiada kesalahan dikesan terhadap peniaga sotong tular di Pasar Besar KK – KPDN Sabah

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah mendapati tiada kesalahan dikesan terhadap peniaga yang didakwa menjual sotong mengandungi ikan didalamnya di Pasar Besar Kota Kinabalu.

Pengarah KPDN Sabah Shahril Nizam Shahidin berkata, susulan dakwaan yang tular dimedia sosial itu, sepasukan anggota penguatkuasa ke lokasi bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan daripada peniaga terbabit.

“Hasil pemeriksaan mendapati peniaga berkenaan mematuhi peraturan di bawah bidang kuasa KPDN, termasuk memastikan tanda harga dipamerkan dengan jelas kepada pengguna serta penggunaan alat timbang yang mempunyai sijil penentusahan sah dan masih dalam tempoh dibenarkan.

“Penjelasan daripada peniaga mendapati keadaan tersebut bukan dilakukan secara sengaja bagi menambah berat timbangan atau mengelirukan pengguna.

“Peniaga memaklumkan hasil tangkapan laut seperti ikan dan sotong diperoleh secara bercampur, menyebabkan kemungkinan terdapat ikan yang masih hidup memasuki rongga badan sotong ketika proses tangkapan sebelum dipasarkan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Shahril berkata, bahagian dalam sotong juga sememangnya boleh mengandungi sisa makanan daripada habitat semula jadinya yang dalam keadaan tertentu boleh kelihatan menyerupai bentuk hidupan laut yang belum hadam sepenuhnya.

Bagaimanapun, beliau berkata,  para peniaga turut dinasihati supaya menjalankan pemeriksaan lebih teliti terhadap hasil laut sebelum dipasarkan kepada pengguna.

Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan produk yang dijual berada dalam keadaan baik, selain mengelakkan kekeliruan serta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap urusan jual beli di pasaran.

“KPDN Sabah akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat bukti pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa kementerian.

“Pengguna juga disaran menyalurkan sebarang aduan melalui saluran rasmi KPDN bagi membolehkan tindakan pemeriksaan dan siasatan dijalankan dengan sewajarnya, ” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN SABAH

LEAVE A RESPONSE