Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Sembilan projek bekalan elektrik siap perkukuh infrastruktur Sabah

Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak sembilan projek bekalan elektrik di Sabah yang siap dilaksanakan pada 2025 diserahkan kepada Sabah Electricity bagi memperkukuh infrastruktur bekalan elektrik serta meningkatkan kemudahan kepada rakyat.

Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Mad Zaidi Mohd Karli berkata, pelaksanaan projek berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan memastikan rakyat Sabah menikmati bekalan elektrik yang lebih baik, selamat dan berdaya harap.

“Setiap projek pembangunan perlu memberikan manfaat sebenar kepada rakyat, selain menyokong pembangunan dan kesejahteraan negeri.

“Dengan siapnya kesemua sembilan projek ini, saya berharap infrastruktur bekalan elektrik yang disediakan dapat terus memperkukuh sistem bekalan elektrik serta memberi manfaat kepada penduduk di seluruh Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis penyerahan sembilan projek berkenaan berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah, Sabah Electricity dan pihak berkuasa tempatan atas kerjasama erat dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar.

Katanya, pengalaman dan keupayaan teknikal Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) perlu terus dimanfaatkan bagi memastikan projek bekalan elektrik akan datang dilaksanakan dengan teratur, berkualiti dan mengikut tempoh ditetapkan.

Turut hadir Pengarah PPKBES, Ir. Abang Abdul Rahman Yusuf dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar.

LEAVE A RESPONSE