Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

SCC 2026 perkukuh hubungan masyarakat menerusi seni dan kebudayaan

KOTA KINABALU: Kepelbagaian persembahan kerohanian, kebudayaan, seni dan hiburan bakal menjadi antara tarikan utama Sambutan Sabah Christmas Celebration (SCC) 2026 yang berlangsung selama empat hari di Padang Merdeka, Disember ini.

Pengerusi Bersama SCC 2026, Dean of All Saints Cathedral, Musa Ambai berkata, pelbagai pengisian dirancang bagi memeriahkan sambutan Krismas peringkat negeri itu selain menyediakan ruang kepada masyarakat untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan.

Katanya, sambutan berkenaan turut membabitkan penyertaan gereja-gereja, kumpulan persembahan, artis jemputan serta masyarakat dari pelbagai daerah di Sabah.

“Pelbagai pengisian menarik termasuk persembahan kerohanian, kebudayaan, seni dan hiburan akan diadakan sepanjang sambutan berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Sembang Ekspresi di Sabah FM, di sini, Rabu.

Menurutnya, penyertaan masyarakat dari Kudat, Sandakan, Tawau, Beluran, Sook, Keningau dan Tenom turut memeriahkan penganjuran SCC tahun ini.

Sambutan yang mengangkat tema ‘Peace on Earth’ itu dijadual berlangsung pada 8 hingga 11 Disember ini, bermula jam 6 petang hingga 10 malam setiap hari.

Musa turut mengajak orang ramai supaya mengambil peluang menghadiri sambutan berkenaan bagi bersama-sama menikmati pelbagai persembahan yang disediakan.

LEAVE A RESPONSE