Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Tiga lapangan terbang di Sabah beroperasi menggunakan genset

KOTA KINABALU: Lapangan Terbang Tawau, Sandakan dan Lahad Datu kini menggunakan set janakuasa (genset) sebagai bekalan elektrik alternatif susulan gangguan bekalan  yang berlaku di beberapa kawasan di Pantai Timur Sabah hari ini.

Bagaimanapun, operasi di ketiga-tiga lapangan terbang berkenaan kekal berjalan seperti biasa meskipun berdepan gangguan bekalan elektrik.

Malaysia Airports dalam kenyataan memaklumkan, penggunaan genset itu membolehkan operasi di ketiga-tiga lapangan terbang berkenaan diteruskan sepanjang gangguan bekalan elektrik berlaku.

Gangguan itu susulan insiden pada sistem penghantaran elektrik yang berlaku pada jam 6.04 pagi tadi, sekali gus menjejaskan beberapa kawasan di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.

Sabah Electricity dalam kenyataan memaklumkan, pasukan teknikal sedang melaksanakan usaha pemulihan bekalan elektrik di kawasan terjejas secara berperingkat.

Bilik Gerakan turut diaktifkan bagi menyelaras tindakan pemulihan, manakala punca sebenar gangguan masih dalam siasatan.

Perkembangan terkini mengenai usaha pemulihan bekalan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sabah Electricity turut memohon maaf kepada pengguna atas segala kesulitan yang dialami akibat gangguan berkenaan.

LEAVE A RESPONSE