Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Presiden SJA, dua pegawai JAPEN antara penerima Darjah Kebesaran Sabah

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Mariah @ Airiens Doksil antara penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah yang berlangsung di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu, di sini pada Isnin.

Turut menerima pengurniaan dalam istiadat berkenaan ialah dua pegawai Jabatan Penerangan Sabah (JAPEN), iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Dr. Diana Dominic dan jurufoto JAPEN, Azman Jumat yang masing-masing menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK).

Istiadat tersebut menyaksikan seramai 146 individu menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Mendahului senarai penerima ialah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Mohd Kurniawan Naim Bung Moktar yang menerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Turut menerima PGDK ialah Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Datuk Azreena Aziz @ Abdul Aziz; Pengarah Pembangunan Negeri Sabah, Datuk Samsul Dollah; serta Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Izharudin Jalaludin bersama penerima lain.

Dalam istiadat sama, tiga individu turut dikurniakan Jaksa Pendamai (JP), termasuk pengamal undang-undang, Shahlan Jufri.

Sementara itu, seramai 24 penerima menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), antaranya Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Datin Dr. Cleopatra @ Clare Asing serta Pengarah Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), Emas Sanjongan Datu Okar.

Bagi penerima ADK pula, seramai 29 individu dikurniakan anugerah berkenaan yang antaranya membabitkan Mariah @ Airiens Doksil sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan beliau.

Selain itu, seramai 30 individu menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 27 penerima menerima Bintang Kinabalu (BK), manakala 11 individu dikurniakan Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif dan Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Penganugerahan berkenaan merupakan penghargaan kerajaan negeri terhadap individu yang telah memberikan sumbangan dan khidmat bakti dalam pelbagai bidang kepada Sabah.

LEAVE A RESPONSE