Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Media berperanan bentuk kesedaran masyarakat terhadap ancaman dadah

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengiktiraf peranan pengamal media sebagai rakan strategik dalam membentuk persepsi masyarakat serta memperkukuh usaha pencegahan penyalahgunaan dadah di negara ini.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pengaruh media melalui penulisan, laporan berita dan penyampaian visual mampu menjadi medium penting dalam membina kesedaran serta menggerakkan sokongan masyarakat terhadap usaha memerangi ancaman dadah.

Menurutnya, media mempunyai tanggungjawab lebih luas daripada sekadar melaporkan operasi penguatkuasaan dan tangkapan kerana turut berperanan menyampaikan mesej pencegahan serta mendekatkan masyarakat dengan perkhidmatan AADK.

Beliau berkata, pendekatan penyampaian yang lebih menyeluruh juga penting bagi memastikan isu penagihan dadah tidak terus dilihat daripada sudut negatif semata-mata, sebaliknya difahami sebagai masalah kesihatan dan sosial yang memerlukan keprihatinan bersama.

“Kuasa pena, lensa kamera dan ketukan papan kekunci rakan media adalah senjata paling ampuh dalam membentuk persepsi serta benteng pemikiran rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Hi Tea SKUAD Antidadah Negeri Sabah Bersama Media 2026, di sini, pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Zainduin Abdullah.

Hadir sama Pengerusi Skuad Antidadah Negeri Sabah Datuk Mazlan @ Joehari Manan.

Ruslin berkata, kerjasama media turut membantu memperluas kempen advokasi dan kesedaran awam, termasuk menyampaikan maklumat mengenai peranan sukarelawan SKUAD Antidadah dalam mendekati masyarakat.

Katanya, penglibatan media sebagai rakan strategik amat penting bagi memastikan mesej antidadah dapat disampaikan secara berkesan kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau berharap hubungan kerjasama antara AADK, SKUAD Antidadah dan pengamal media terus diperkukuh dalam usaha membentuk komuniti yang lebih prihatin, selamat dan bebas daripada ancaman dadah.

LEAVE A RESPONSE