Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Komen Sinis Netizen Mendominasi Hantaran Facebook Tun M

Read Time:1 Minute, 36 Second

KUALA LUMPUR — Hantaran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai dakwaan Malaysia kini berada dalam suasana “feel of fear” atau perasaan takut mencetuskan pelbagai reaksi di Facebook, dengan sebahagian besar komen netizen dilihat bersifat sinis serta mengaitkan kenyataan itu dengan era pentadbiran beliau sendiri.

Tinjauan terhadap ratusan komen mendapati naratif yang paling banyak diulang ialah dakwaan bahawa situasi yang digambarkan Tun Mahathir mengingatkan mereka kepada zaman beliau menerajui negara.

Antara komen yang mendapat perhatian ialah daripada Daniel Law Wei Keong yang menyindir, “Seems like you are talking in front of the mirror,” manakala Mohd Ashraff pula menulis, “Tun terimbau zaman dulu semasa Tun masih PM Malaysia.”

Ramai pengguna media sosial turut membangkitkan semula beberapa episod sejarah seperti ISA, Operasi Lalang dan Memali, yang menurut mereka mempunyai kaitan dengan isu yang dibangkitkan Tun Mahathir.

Shubahs Chandra menulis, “Not as frightening as ISA,” sementara Humam Azmi mengulas, “Terkenang masa buat dulu ke Tun? ISA?” dan Faizol Mohamad pula membalas ringkas, “You mean MEMALI.”

Turut menarik perhatian ialah komen Andrew Sivaram yang menyatakan beliau berasa lebih takut ketika era pentadbiran Tun Mahathir kerana wujudnya penahanan tanpa bicara di bawah ISA, manakala Mohamad Supian Ismail pula berpendapat kebebasan bersuara pada masa kini lebih terbuka berbanding ketika Tun menjadi Perdana Menteri.

Selain itu, terdapat juga netizen yang mempersoalkan sama ada kenyataan tersebut merupakan gambaran terhadap pengalaman Tun Mahathir sendiri ketika memegang tampuk pemerintahan.

Secara keseluruhannya, tinjauan komen menunjukkan reaksi netizen lebih cenderung mempersoalkan kenyataan bekas Perdana Menteri itu dengan mengimbau kembali beberapa peristiwa dan dasar yang pernah berlaku ketika era pentadbiran beliau.

Sebelum itu, Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad mendakwa wujud persekitaran yang menakutkan di negara ini apabila rakyat berasa keselamatan diri mereka terancam.

Mahathir berkata, terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat bahawa sesuatu yang buruk boleh berlaku kepada diri mereka seperti hilang, ditemui mati atau diculik.
“Mereka tidak merasakan perlindungan undang-undang. Malah undang-undang menjadi satu ancaman. Ia mungkin digunakan untuk menghalalkan salah laku.

LEAVE A RESPONSE