Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Kes tinggal lebih masa 20 warga asing dikaitkan penipuan pelaburan: Sebutan lanjut 12 Ogos

Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen menetapkan 12 Ogos depan untuk sebutan lanjut kes melibatkan 20 warga asing yang didakwa tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di negeri ini.

Hakim Hurman Hussain menetapkan tarikh itu apabila kes membabitkan warga asing berusia antara 18 hingga 37 tahun tersebut disebut di hadapannya pada Jumaat.

Sementara menunggu tarikh berkenaan, kesemua tertuduh yang dipercayai terlibat dengan kes penipuan pelaburan tidak wujud diperintahkan untuk terus ditahan reman.

Pada 8 Jun lalu, mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tinggal di negeri ini selepas tempoh sah dokumen perjalanan masing-masing tamat.

Mengikut pertuduhan, mereka ditahan pada 21 Mei kira-kira jam 10 malam di sebuah bilik hotel di Bandaran Berjaya, di sini, selepas didapati tinggal di Sabah melebihi tempoh pas lawatan yang hanya sah antara April hingga Mei.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Shahlan Jufri dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi.

BERITA TERDAHULU:

LEAVE A RESPONSE