Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Kes tetak di Kuala Penyu, warga emas mengaku bersalah

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang ditahan susulan insiden tetak di Kuala Penyu baru-baru ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan parang.

Paul Akang, 64, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Marlina Ibrahim.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 28 Oktober depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan forensik.

Mengikut pertuduhan, Paul dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki berusia 44 tahun menggunakan sebilah parang yang mungkin boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kelansatan, Kuala Penyu, kira-kira jam 5 petang pada 21 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, media melaporkan insiden itu berpunca daripada perselisihan berkaitan tuntutan wang RM60.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 64 tahun di kawasan berkenaan selain merampas sebilah parang sepanjang kira-kira 70 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian.

Timbalan Pendakwa Raya Ronnie Antony mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LEAVE A RESPONSE