Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Kebakaran bengkel kereta di Inanam, dua cedera melecur

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Dua individu cedera melecur, termasuk seorang wanita yang turut patah kaki kanan, dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kereta di Jalan Nountun, Inanam, awal pagi Khamis.

Mangsa terdiri daripada seorang wanita berusia 54 tahun yang melecur kira-kira 20 peratus pada bahagian badan serta patah kaki kanan, manakala seorang lelaki berusia 56 tahun melecur pada kaki kanan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.35 pagi.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bergegas ke lokasi kejadian, sebelum mendapat bantuan anggota dari BBP Kota Kinabalu.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, pasukan mendapati satu kebakaran melibatkan sebuah stor dan bengkel kereta yang terbakar kira-kira 40 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa menerima rawatan awal daripada pasukan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) bomba sebelum dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) di Likas untuk rawatan lanjut.

Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah lori lima tan, sebuah Honda Accord dan sebuah Perodua Myvi, masing-masing terbakar 100 peratus.

Operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 2.23 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.50 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

LEAVE A RESPONSE