Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

DUN Sabah: Lebih 230,000 penduduk Lahad Datu bakal nikmati bekalan air lebih stabil


Read Time:1 Minute, 0 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Projek Skim Bekalan Air Lahad Datu–Fasa 1 kini sedang dilaksanakan dengan kemajuan fizikal sebanyak 91.66 peratus dan dijangka siap pada 10 Julai 2027.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata projek tersebut merangkumi pembinaan sebuah Loji Rawatan Air (LRA) baharu yang mempunyai kapasiti 60 Juta Liter Sehari (JLH).

“Projek ini dijangka meningkatkan kecekapan operasi, kapasiti pengeluaran serta keupayaan sistem bekalan air secara menyeluruh.

“Pelaksanaannya akan memberi manfaat kepada kira-kira 230,960 penduduk serta sektor industri di daerah Lahad Datu, di samping memperluas liputan dan menambah baik tahap perkhidmatan bekalan air,” katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, pada Khamis.

Beliau menjawab soalan mengenai manfaat kepada penduduk setempat khususnya penduduk di kawasan DUN Segama setelah Projek Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Di Lahad Datu – Fasa 1 disiapkan sepenuhnya.

Menteri Kerja Raya dan Utiliti itu berkata antara kawasan yang akan mendapat manfaat daripada projek ini merangkumi Jalan Segama, Jalan Bakawali, Taman CL, Kampung Damai, Kimbell, Jalan Dam, Taman Executive, Taman Lily, Jalan Agaseh, dan Jalan Tengah Nipah.

Turut terlibat ialah Kampung Sabah Baru PRKT 1, Jalan Kastam Baru, POIC serta keseluruhan kawasan bandar Lahad Datu.

LEAVE A RESPONSE