Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Bekalan alternatif digunakan sementara menara penghantaran dibaiki

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Bekalan elektrik di kawasan Pantai Timur Sabah yang terjejas akibat insiden menara penghantaran tumbang di Ranau kini disalurkan menerusi sumber alternatif termasuk penggunaan generator set.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah itu merupakan pendekatan sementara bagi memastikan penduduk di kawasan terjejas terus menerima bekalan elektrik sementara kerja pembaikan menara berkenaan dilaksanakan.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diterima daripada Sabah Electricity, keadaan bekalan elektrik di kawasan berkenaan kini semakin bertambah baik, meskipun terdapat beberapa lokasi yang masih mengalami kekurangan bekalan.

“Sekarang mereka menggunakan generator set di sebelah Pantai Timur, itu yang digunakan.

“Jadi mereka sudah dapat bekalan, bukan semua tidak dapat. Mungkin ada setengah tempat saja yang tidak dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media bagi mengulas situasi gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Pantai Timur Sabah serta langkah yang diambil bagi menangani keadaan itu.

Hajiji berkata, pihak Sabah Electricity sedang berusaha menyelesaikan masalah berkenaan sebaik mungkin bagi memastikan bekalan elektrik dapat disambung semula secara normal.

Menurutnya, menara penghantaran elektrik yang terjejas dijangka siap dalam tempoh enam hari.

Beliau berharap penduduk di kawasan terjejas dapat memahami keadaan semasa, sementara usaha pemulihan bekalan elektrik dilaksanakan oleh pihak berkaitan.

Gangguan berkenaan berlaku susulan insiden menara penghantaran elektrik tumbang akibat bencana alam, yang menyebabkan penyaluran bekalan elektrik ke beberapa kawasan di Pantai Timur Sabah terjejas.

LEAVE A RESPONSE