Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Dua beradik rentung dalam kebakaran rumah di Tawau

Read Time:1 Minute, 14 Second

TAWAU: Dua beradik masing-masing berusia 10 dan 13 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Ria, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.13 pagi itu, kedua-dua mangsa ditemukan di sebuah bilik di tingkat atas rumah berkenaan oleh pasukan bomba yang menjalankan operasi menyelamat.

Mangsa terdiri daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) autisme dan abangnya yang berusia 13 tahun. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 6.13 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, jentera bomba tiba pada jam 6.22 pagi dan mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah teres dua tingkat itu telah musnah 70 peratus.

“Enam mangsa terlibat dalam kejadian itu, dengan empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri dan keluar sendiri dari rumah sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Bagaimanapun, dua lagi mangsa masih terperangkap dan usaha menyelamat dijalankan oleh pasukan bomba sebelum kedua-duanya ditemukan di bilik tingkat atas dalam keadaan rentung pada jam 6.43 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Operas pemadaman api berjaya dikawal pada jam 7.07 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.06 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada lagi bahaya di lokasi kejadian.

LEAVE A RESPONSE