Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

SUKMA XXII : Dua emas cetus kebangkitan skuad karate Sabah

Read Time:1 Minute, 4 Second

SUBANG JAYA: Dua emas yang disumbangkan Aedola Fay Robert dan Mohamad Haznil Henry menjadi pencetus kebangkitan skuad karate Sabah pada hari kedua saingan SUKMA Selangor 2026 di IDCC Shah Alam, pada Sabtu.

Aedola tampil cemerlang apabila menjuarai acara kumite wanita bawah 61 kilogram (kg), manakala Haznil menambah satu lagi emas buat kontinjen Sabah menerusi acara kata individu lelaki.

Kejayaan itu turut dilengkapkan dengan dua pingat gangsa menerusi Nur Radhiah Fathiah dalam kumite wanita bawah 55kg dan Ivy Olivera Donny bagi acara kata individu wanita.

Empat pingat yang diraih pada Sabtu menyaksikan Sabah memperbaiki kutipan hari pertama yang menyaksikan skuad karate membawa pulang dua perak dan dua gangsa.

Secara keseluruhan, karate Sabah kini mengumpul dua emas, dua perak dan empat gangsa, dengan beberapa acara masih berlangsung sebelum saingan berakhir hari ini.

Pada hari pertama, Allyssa Audrey Anthony Tinggi terlebih dahulu membuka akaun perak Sabah selepas mara ke final kumite wanita bawah 68kg sebelum tewas tipis 0-1 kepada Mirza Athirah Sahira dari Terengganu.

Jericho Jones Jason Jr Jiliko kemudian menambah satu lagi perak menerusi kumite lelaki 60kg selepas tewas 0-1 kepada Patrick Jayaraj dari Perak dalam aksi final.

Sementara itu, Jude Joseph Johannes menyumbang gangsa dalam kumite lelaki bawah 75kg selepas menewaskan wakil Brunei Darussalam 7-0 dalam pertarungan penentuan tempat ketiga.

LEAVE A RESPONSE