Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

PPK Sukau tawar penempatan lebih terancang, lengkap kemudahan asas

Read Time:1 Minute, 35 Second

KINABATANGAN: Pelaksanaan Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Sukau bukan sekadar menyediakan kediaman kepada masyarakat luar bandar, malah turut dilengkapi pelbagai kemudahan asas dan sosial bagi mewujudkan sebuah penempatan yang lebih terancang, selesa serta kondusif.

Projek yang dilaksanakan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) itu merangkumi penyediaan jalan penempatan, bekalan air dan elektrik, sistem rawatan kumbahan serta kemudahan sosial termasuk dewan terbuka dan taman permainan.

Kemudahan berkenaan merupakan sebahagian daripada pembangunan PPK Sukau yang turut melibatkan pembinaan 200 unit rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Menerusi pendekatan pembangunan secara bersepadu itu, masyarakat setempat bukan sahaja bakal menerima manfaat daripada penyediaan rumah, tetapi turut menikmati kemudahan yang diperlukan bagi menyokong kehidupan seharian.

Program Lawatan Tapak dan Majlis Perasmian Pecah Tanah PPK Sukau yang berlangsung pada 5 Ogos lalu menjadi langkah penting dalam merealisasikan pembangunan kawasan penempatan tersebut.

Majlis berkenaan disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Jafry Ariffin.

Turut hadir Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Mohd Kurniawan Naim Mokhtar; Pengerusi SLDB, Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin dan Pengurus Besar SLDB, Datuk Syaheddrul R. Joddari.

Lawatan tapak itu turut memberi peluang kepada delegasi meninjau kemajuan pelaksanaan projek selain mendapatkan taklimat berhubung skop pembangunan PPK Sukau.

SLDB memaklumkan, penyediaan infrastruktur asas dan kemudahan sosial merupakan elemen penting dalam memastikan pembangunan penempatan luar bandar dapat memberi manfaat yang lebih menyeluruh kepada masyarakat.

Menurutnya, sebuah kawasan perumahan yang baik perlu disokong kemudahan asas yang mencukupi supaya penduduk dapat menikmati persekitaran kehidupan yang lebih selesa dan teratur.

Pembangunan PPK Sukau juga selaras dengan usaha memperluas akses masyarakat luar bandar, khususnya golongan berpendapatan rendah, kepada persekitaran kediaman yang lebih berkualiti.

Selain aspek fizikal, projek itu turut membawa aspirasi untuk membentuk komuniti yang lebih tersusun dan sejahtera menerusi penyediaan kemudahan yang boleh digunakan bersama oleh penduduk.

SLDB sebagai agensi pelaksana di Sabah komited memastikan pelaksanaan projek di bawah PPK dapat diterjemahkan kepada pembangunan yang memberi impak langsung kepada masyarakat.

LEAVE A RESPONSE