Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

11 sekolah di Sabah terima Anugerah SLAAS 2026

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 11 sekolah di Sabah menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Sabah 2026, pada Khamis.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Holy Trinity, Tawau muncul johan kategori sekolah menengah, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tai Tong, Sandakan menjuarai kategori sekolah rendah.

Kedua-dua sekolah membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta sijil pencapaian.

Lebih membanggakan, SMK Holy Trinity turut meraih Anugerah SLAAS 2025/2026 Peringkat Kebangsaan bagi kategori sekolah menengah yang berlangsung di Melaka pada 21 September lalu.

Bagi kategori sekolah menengah, tempat kedua dimenangi SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu, manakala SJKC Cheng Ming, Keningau menduduki tempat kedua kategori sekolah rendah. Kedua-duanya menerima wang tunai RM2,000 berserta sijil pencapaian.

Tempat ketiga kategori sekolah menengah pula menjadi milik SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Lok Yuk, Inanam memenangi tempat ketiga kategori sekolah rendah. Setiap sekolah menerima wang tunai RM1,500 berserta sijil pencapaian.

Lima lagi sekolah rendah menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM1,000 berserta sijil, iaitu SJKC Chi Hwa, Sandakan; SK Buang Sayang, Papar; SK Kampung Simunul, Semporna; SK Kauluan, Tuaran dan SJKC Chi Vun Entabuan, Tenom.

Penyampaian anugerah disempurnakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin.

Program SLAAS yang diperkenalkan sejak 2005 itu merupakan inisiatif kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program berkenaan turut diserikan dengan persembahan bertemakan alam sekitar oleh kumpulan Selangkah Tari dari SK Sembulan, Kota Kinabalu.

LEAVE A RESPONSE