Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Ruang Nyaman Fest Tampil Festival Muzik Indoor Eksklusif Pertama di Malaysia – Sabah News

KUALA LUMPUR: Ruang Nyaman Fest bakal mencipta kelainan apabila menghimpunkan enam artis dalam satu pentas menerusi konsep festival muzik indoor premium tanpa persembahan pengisi di Mega Star Arena, pada 14 November ini.

Dianjurkan Thrive Events dan diasaskan Haqimi Zamri, festival itu menampilkan artis Indonesia popular iaitu Cakra Khan, Sammy Simorangkir, Idgitaf, Kaleb J dan Pusakata, selain wakil tempatan, Najmi Niery.

Konsep berkenaan membolehkan peminat menikmati enam persembahan utama dalam satu malam menerusi satu tiket, sekali gus menawarkan nilai lebih baik dalam suasana selesa dan eksklusif.

Haqimi berkata, festival itu diwujudkan sebagai ruang untuk peminat menikmati muzik secara lebih intim tanpa gangguan persembahan lain.

Kami memilih artis berdasarkan kekuatan karya dan identiti masing-masing bagi memastikan pengalaman terbaik dari awal hingga akhir,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Thrive Events, Hamka Mohd Taufik pula berkata, festival itu menawarkan nilai unik berbanding konsert solo.

“Dengan satu tiket, peminat dapat menikmati enam persembahan pada harga lebih mesra tanpa menjejaskan pengalaman premium,” katanya.

Antara tarikan utama ialah kemunculan Cakra Khan yang kembali membuat persembahan di Malaysia menerusi festival itu.

Tiket dijual pada harga antara RM249 hingga RM1,699 dan boleh didapati melalui MyTicketEmpire.

LEAVE A RESPONSE