Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Sabah Motor Day 9.0 dijadual berlangsung 5 dan 6 September di UMS

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Program Sabah Motor Day 9.0 akan diadakan pada tarikh baharu iaitu pada 5 dan 6 September 2026 di Padang Kawad Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pengerusi Skuad Antidadah Sabah, Datuk Mazlan @ Joehari Manan berkata, program berkenaan dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut beliau, penetapan tarikh baharu itu dibuat selepas perbincangan bersama Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansur dalam satu sesi kunjungan hormat yang diadakan baru-baru ini.

Katanya, Sabah Motor Day 9.0 merupakan platform penting yang menghimpunkan komuniti permotoran, golongan belia, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan serta masyarakat umum dalam satu program yang membawa mesej gaya hidup sihat, berdisiplin dan bebas dadah.

“Program membawa tema “Permotoran Berdisiplin, Belia Bebas Dadah” dianjurkan ini mencerminkan komitmen Skuad Antidadah Sabah dalam memperluaskan pendekatan pencegahan dadah secara lebih dekat dengan golongan muda.

“Komuniti permotoran mempunyai pengaruh besar dalam kalangan belia dan pendekatan melalui minat serta aktiviti permotoran dilihat mampu menjadi medium berkesan untuk menyampaikan mesej antidadah secara santai tetapi bermakna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan termasuk program permotoran, pameran, kempen kesedaran antidadah, penyertaan kelab-kelab permotoran, penglibatan komuniti belia serta pelbagai aktiviti berorientasikan kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Sehubungan itu, Skuad Antidadah Sabah menyeru semua peminat permotoran, golongan belia, komuniti setempat, agensi kerajaan, NGO dan orang ramai untuk hadir memeriahkan serta menjayakan Sabah Motor Day 9.0.

Maklumat lanjut mengenai atur cara program, penyertaan dan pengisian aktiviti akan diumumkan dari semasa ke semasa menerusi saluran rasmi penganjur.

LEAVE A RESPONSE