Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Warga Emas Tertekan Pedal Minyak, Myvi Langgar Premis dan Kereta di Tawau – Sabah News

TAWAU: Seorang lelaki warga emas dipercayai tertekan pedal minyak ketika hendak keluar dari petak parkir sehingga Perodua Myvi dipandunya melanggar sebuah premis perniagaan dan sebuah Toyota Innova di Batu 3, Jalan Apas, di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Rosdi Mat Jusoh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang di kawasan Lorong Bintang Shophouse 8.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu Myvi berkenaan adalah lelaki tempatan berusia 60 tahun yang baru selesai mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran.

“Pemandu dipercayai telah terpijak pedal minyak ketika hendak keluar dari petak parkir selepas selesai mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran.

“Kenderaan tersebut kemudiannya meluncur ke hadapan lalu melanggar sebuah premis perniagaan. Dalam keadaan panik, pemandu cuba mengundurkan kenderaan sebelum melanggar sebuah Toyota Innova yang sedang diletakkan berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Rosdi berkata, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk, namun pemandu Myvi tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu terbabit didapati negatif dadah, manakala ujian pernafasan turut dijalankan di Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Rosdi turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sjn Mohd Hanafiah Mat Sari di talian 019-886 7715 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik, memberi perhatian sepenuhnya ketika mengendalikan pedal minyak dan brek serta memastikan gear berada pada kedudukan betul sebelum menggerakkan kenderaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

LEAVE A RESPONSE