Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Tukang masak didakwa rogol isteri sepupu gagal dapat ikat jamin

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang tukang masak yang didakwa merogol isteri sepupunya gagal mendapatkan ikat jamin selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonannya.

Hakim Zaini Fishir @ Fisal membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 22 tahun selepas mendengar permohonan ikat jamin yang dikemukakan pihak pembelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 21 tahun di sebuah rumah di Penampang pada 16 Mei lalu, jam 4.30 pagi.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 26 Jun ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Sementara itu, tertuduh yang diwakili peguam diperintahkan terus ditahan sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir.

LEAVE A RESPONSE