Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

STEM Resilience Camp perkukuh minat dan daya tahan pelajar dalam bidang STEM

Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Seramai 386 murid Tingkatan Empat aliran Sains Tulen daripada 13 sekolah di daerah Kota Kinabalu menyertai STEM Resilience Camp A 2026 bagi memperkukuh minat, motivasi dan daya tahan mereka dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Program berlangsung selama dua hari, 19 hingga 20 November, di Dewan Serbaguna INTAN, Kampus Sabah, dengan memberi tumpuan kepada pembelajaran berasaskan penerokaan dan penyelesaian masalah yang mengintegrasikan empat mata pelajaran utama iaitu Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan.

Kem anjuran Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Persatuan Duta Guru Sabah (PDGS) itu dibiayai sepenuhnya oleh ConocoPhillips Sabah Gas Ltd, Malaysia.

Program berkenaan turut menekankan pembinaan daya tahan, peningkatan motivasi serta komitmen murid untuk meneruskan pengajian dalam aliran Sains Tulen sehingga tamat pendidikan menengah.

Seramai 48 fasilitator terdiri daripada pasukan Duta Guru Kota Kinabalu serta guru mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan terlibat dalam membimbing peserta sepanjang program.

Pendekatan pembelajaran berasaskan aktiviti, penerokaan dan penyelesaian masalah memberi peluang kepada murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dalam situasi pembelajaran yang lebih praktikal.

Doreen

Majlis perasmian program disempurnakan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sektor Pembelajaran, Doreen Peter Alison, dengan kehadiran wakil ConocoPhillips Sabah, Prisca Nicholas, pegawai Komunikasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), serta pentadbir sekolah.

Siti Azizah

Presiden Persatuan Duta Guru Kota Kinabalu, Siti Azizah Md Yussof, dalam ucapan alu-aluan merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik atas sokongan menjayakan program berkenaan.

Doreen pula berharap program itu dapat menjadi pemangkin kepada pengukuhan minat, semangat dan kesungguhan murid dalam bidang STEM, sekali gus melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi turut memiliki ketahanan diri, kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah dalam menghadapi cabaran masa depan.

Sumbangan ConocoPhillips sebagai penyumbang utama program mencerminkan kepentingan kerjasama strategik antara sektor pendidikan dan industri dalam memperkasa pembangunan bakat STEM, selain membuka peluang kepada murid meneroka potensi pendidikan serta kerjaya dalam bidang berkenaan.

LEAVE A RESPONSE