Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Sabah Electricity hulur sumbangan mangsa kebakaran Kg Bahagia, Sandakan


Read Time:1 Minute, 9 Second

SANDAKAN: Sabah Electricity Sdn.Bhd. (Sabah Electricity) tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa kebakaran yang terjejas dalam insiden kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang lalu sebagai tanda keprihatinan dan sokongan terhadap komuniti yang terlibat.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Sabarudin Akibe, Head Distribution (Operation & Maintenance) Zon Timur kepada wakil mangsa dalam satu program ringkas yang diadakan di Pusat Penempatan Sementara pada Rabu.

Sumbangan tersebut telah diagihkan ke empat Pusat Penempatan Sementara (PPS) iaitu PPS Batu Sapi, PPS SMK Batu Sapi, PPS SK Bahagia dan PPS Dewan Serbaguna Warga Tua bagi menyokong keperluan kebajikan mangsa yang terjejas, khususnya dalam menghadapi cabaran pasca bencana.

Menurut beliau, Sabah Electricity sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu dan menyantuni komuniti yang memerlukan.

“Sabah Electricity amat bersimpati dengan nasib mangsa yang terlibat dan berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam meneruskan kehidupan seharian serta proses pemulihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 127 bakul makanan telah disampaikan bagi membantu 160 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas, sebagai usaha meringankan beban dan memastikan keperluan asas mereka terus terbela.

Selain bantuan segera, Sabah Electricity turut bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan aspek keselamatan bekalan elektrik di kawasan terjejas sentiasa terpelihara, termasuk pemeriksaan dan pemulihan infrastruktur yang terlibat.

Sabah Electricity akan terus memainkan peranan aktif dalam menyokong kesejahteraan komuniti serta memastikan perkhidmatan yang diberikan sentiasa selamat, stabil dan boleh dipercayai.

LEAVE A RESPONSE