Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Permohonan Albert Tei pindah kes rasuah ke Mahkamah Tinggi ditolak

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan seorang ahli perniagaan untuk memindahkan dua kes rasuah membabitkan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Mahkamah Sesyen.

Pesuruhjaya Kehakiman Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad membuat keputusan itu terhadap Datuk Tei Jiann Cheing, 37, yang juga dikenali sebagai Albert Tei, yang mengikuti prosiding melalui aplikasi Zoom.

Sehubungan itu, kedua-dua kes terhadap Albert akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen.

Pada 30 Jun 2025, Albert mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan memberi rasuah kepada bekas ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, dan bekas ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob.

Albert didakwa memberikan suapan RM200,000 kepada Dr Yusof sebagai dorongan untuk membantu memproses permohonan Lesen Melombong bagi Nusa Kini Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada jam 2 petang, 6 Mac 2023, di Rooftop Bar & Grill @ Hilton, di sini.

Seterusnya, Albert didakwa memberikan rasuah RM150,000 kepada Andi sebagai dorongan untuk membantu memproses permohonan Sinaran Hayat Sdn Bhd bagi Lesen Melombong (Prospecting Licence) mineral di Sabah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 11 malam, 12 Mei 2023, di kediaman Andi di Jalan Pantai, Sembulan.

Difahamkan, kedua-dua syarikat yang berpangkalan di Sabah itu dimiliki oleh rakan perniagaan Albert.

Albert didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rustam Sanip, hadir bagi pihak pendakwaan, manakala peguam Jul Hamri mewakili Albert.

Jaminan Albert turut dilanjutkan.

LINK BERITA TERDAHULU:

LEAVE A RESPONSE