Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Pengiktirafan UNESCO Kinabalu Geopark dilanjutkan empat tahun

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Tempoh pengiktirafan Kinabalu Geopark sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dilanjutkan empat tahun lagi, sekali gus membolehkan khazanah alam semula jadi itu terus diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, kelulusan lanjutan berkenaan diterima Sabah kira-kira tiga bulan lalu menerusi pemberian Kad Hijau.

“Kita baru menerima Kad Hijau kira-kira tiga bulan lalu yang meluluskan lanjutan tempoh empat tahun lagi bagi Kinabalu Geopark sebagai salah satu tapak warisan global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia peringkat negeri, di sini, pada Khamis.

Jafry berkata, kelulusan itu mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan kelestarian dan pemeliharaan Kinabalu Geopark sebagai khazanah alam semula jadi yang mempunyai nilai warisan tinggi.

Katanya, lanjutan berkenaan turut membolehkan Sabah meneruskan usaha melindungi kawasan itu selaras dengan keperluan serta standard yang ditetapkan UNESCO.

Dalam perkembangan berkaitan, Jafry berkata, pembinaan Pusat Latihan Altitud Tinggi (HATC) di Gunung Kinabalu tidak akan menjejaskan status pengiktirafan UNESCO kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pembangunan kemudahan itu akan dilaksanakan secara minimum tanpa membabitkan pembinaan berskala besar atau infrastruktur berat di kawasan gunung berkenaan.

Katanya, bahan binaan yang digunakan juga terhad kepada bahan bersaiz kecil yang boleh dibawa naik ke kawasan itu berikutan kekangan pengangkutan di Gunung Kinabalu.

LEAVE A RESPONSE