Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

MCMC pelawa penyertaan projek kabel dasar laut SALAM

Read Time:1 Minute, 25 Second

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mempelawa semua pemegang lesen yang layak mengemukakan draf pelan bagi pelaksanaan inisiatif Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM), projek strategik nasional di bawah rangka kerja Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) untuk memperkukuh infrastruktur digital negara.

MCMC dalam kenyataannya berkata, inisiatif itu akan membangunkan sistem kabel dasar laut baharu yang menghubungkan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi mewujudkan rangkaian komunikasi domestik yang lebih kukuh, berdaya tahan dan mempunyai kepelbagaian laluan.

Menurut kenyataan itu, projek berkenaan akan meningkatkan kapasiti rangkaian, memperkukuh kesinambungan perkhidmatan serta mengurangkan risiko gangguan komunikasi di seluruh negara.

Sistem kabel dasar laut merupakan tulang belakang komunikasi digital moden yang membawa sebahagian besar trafik data domestik dan antarabangsa.

Justeru, pengukuhan infrastruktur ini penting bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan digital berkelajuan tinggi.

Sistem SALAM akan merangkumi 10 Stesen Pendaratan Kabel (Cable Landing Station, CLS) yang dihubungkan melalui empat segmen kabel dasar laut dengan anggaran panjang keseluruhan kira-kira 5,582 kilometer.

Rangkaian itu akan menyediakan laluan komunikasi yang lebih pelbagai bagi meningkatkan keupayaan sandaran rangkaian (network redundancy), sekali gus memperkukuh daya tahan sistem komunikasi negara.

Selain mempertingkatkan kesalinghubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, SALAM turut menjadi tulang belakang kepada peluasan perkhidmatan jalur lebar dan rangkaian 5G serta menyokong pembangunan infrastruktur pengkomputeran awan, pusat data, teknologi kecerdasan buatan (AI) dan industri digital baharu.

MCMC berkata, pelaksanaan projek itu dijangka mempercepat pembangunan ekonomi digital negara, memperluas keterangkuman digital dan memperkukuh daya tahan Malaysia dalam menghadapi keperluan komunikasi masa hadapan.

Sehubungan itu, selaras Peraturan 5 Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pemberian Perkhidmatan Sejagat) 2002, MCMC mempelawa semua pemegang lesen yang layak mengemukakan Pendaftaran Minat (Registration of Interest) bersama Draf Pelan Perkhidmatan Sejagat (Draft Universal Service Plan) untuk penilaian.

LEAVE A RESPONSE