Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Majikan didenda RM5,000 benar PATI berada di premis

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Dua majikan tempatan didenda RM5,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) berada di premis mereka.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Satham Hussain dan Abit Amir selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan masing-masing.

Mengikut pertuduhan, Satham membenarkan seorang wanita warga Filipina berada di sebuah restoran di Lintas Square pada 20 Mei 2025.

Abit pula membenarkan seorang lelaki warga Pakistan berada di sebuah kedai runcit di Penampang pada 29 Disember 2025.

Mereka disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 55E(2) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya sekali bagi setiap PATI yang terbabit.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam telah membayar denda yang dikenakan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Mohd Sharifuddin Salim.

LEAVE A RESPONSE