Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Lelaki tidak mengaku tipu urusan sewa premis go-kart

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan RM31,050 dalam urusan penyewaan premis bagi perniagaan go-kart.

Tertuduh, Racha Willie, 27, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Racha yang berasal dari Sarawak didakwa memperdaya mangsa supaya mempercayai bahawa dia boleh membantu mendapatkan sewaan tempat perniagaan Go-Kart di KK Sentral.

Hal itu mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM31,050 kepada tertuduh bagi menguruskan penyewaan premis berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 27 Julai hingga 16 Oktober 2025 di kawasan parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 13 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan deposit RM5,000 serta dua penjamin tempatan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah, jika ada, sehingga kes selesai, serta tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim, manakala tertuduh diwakili peguam Batholomew Jingulam.

LEAVE A RESPONSE