Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Lelaki maut, pacuan empat roda terbabas langgar pokok

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Tuaran Bypass, berhampiran Chan Furniture, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa dipercayai memandu bersendirian dari arah Tebobon menuju ke pusat bandaraya Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Mitsubishi Triton dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar pokok.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan tidak sedarkan diri sebelum dikeluarkan oleh pasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Likas.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 1.31 pagi oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Brymenedren Godon di talian 010-7768802 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Shahrudin turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu dengan cermat dan berhemah serta mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

LEAVE A RESPONSE