TAWAU: Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, 53, dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.04 pagi di Hospital Tawau, hari ini.
Pemergian Allahyarham dimaklumkan menerusi hantaran rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau yang turut menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan pegawai kanan polis berkenaan.
Dalam hantaran tersebut, warga IPD Tawau dan masyarakat umum diajak bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Allahyarham sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Tawau dan dikenali atas komitmen serta dedikasinya dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya kontinjen Sabah dan warga IPD Tawau.
Al-Fatihah.






