Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

HWKKS cipta sejarah berjaya pisahkan kembar siam ‘Pygopagus’

Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU : Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) sekali lagi melakar sejarah dalam perkhidmatan kesihatan apabila berjaya melaksanakan pembedahan pemisahan pasangan kembar siam jenis ‘pygopagus’ pada 2 Julai lalu di Dewan Bedah Utama, HWKKS.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan kembar dari kawasan pedalaman Sabah itu merupakan bayi perempuan pra-matang berusia 32 minggu yang mana salah seorang mengalami masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.

Justeru itu, JKNS memaklumkan pembedahan pemisahan perlu dilakukan seawal umur 28 hari berbeza dengan pembedahan pemisahan yang biasanya dilakukan pada usia empat hingga enam bulan.

“Pembedahan ini dijayakan dengan kolaborasi pelbagai disiplin kepakaran termasuk pakar dari semenanjung yang terdiri daripada pasukan Neonatologi, Anestesiologi, Pembedahan Pediatrik, Pembedahan Otak dan Saraf Tulang Belakang.

“Turut terlibat pasukan Neurosurgeri, Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Radiologi serta pasukan jururawat dan staf sokongan klinikal yang lain.

“Pasangan bayi kembar siam ini telah berjaya dipisahkan dan kedua-duanya berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani pemantauan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) HWKKS,” menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

Kembar siam Pygopagus merujuk kepada percantuman di bahagian tulang punggung ‘sacrum, neural tube’, bahagian bawah saluran pencernaan dan alat kelamin.

Kejayaan pembedahan ini mencerminkan dedikasi dan komitmen warga kerja HWKKS dalam menyediakan rawatan terbaik kepada pesakit kanak-kanak yang mengalami ‘Complex congenital anomalies’.

Dengan adanya perluasan kepakaran khusus sebegini di negeri Sabah, kanak-kanak yang menghidap penyakit anomali kongenital kompleks dapat menerima akses rawatan dengan lebih cepat di samping mengurangkan beban emosi, kewangan, dan logistik yang perlu ditanggung oleh keluarga.

LEAVE A RESPONSE