Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Hampir 20,000 permohonan kuota tambahan BUDI Diesel diluluskan di Sabah

Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU :  Hampir lebih 20,000 permohonan kuota tambahan 100 liter bagi program BUDI Diesel di Sabah telah diluluskan sehingga semalam.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Kerajaan sebelum ini menetapkan kuota asas ditetapkan sebanyak 200 liter, namun tambahan sehingga 100 liter boleh dipohon oleh individu yang layak.

Beliau berkata, ia melibatkan penjaja kecil, peniaga mikro serta mereka yang banyak bergerak di kawasan luar bandar.

“Di Sabah pun kita telah hampir menerima lebih daripada 20,000 permohonan yang diluluskan untuk kuota 100 liter.

“Kelulusan ini merupakan sebahagian daripada pelaksanaan mekanisme penyasaran subsidi diesel yang diperkenalkan bagi memastikan bantuan lebih tepat kepada kumpulan sasar, termasuk pengguna di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan turun padang BUDI Diesel @ Shell di Stesen Shell Jalan Sulaman, Wisma Innoprise di sini pada Ahad.

Amir Hamzah berkata, Sabah antara negeri yang menerima jumlah permohonan yang signifikan, selaras dengan keadaan geografi negeri itu yang luas dan banyak kawasan pedalaman yang bergantung kepada kenderaan pacuan empat roda serta penggunaan diesel untuk aktiviti harian dan ekonomi kecil.

Selain itu, mekanisme program turut membenarkan pemindahan kuota kepada ahli keluarga dalam keadaan tertentu, bagi memastikan penggunaan subsidi lebih fleksibel dan benar-benar sampai kepada pengguna sebenar.

“Contohnya, ada anak yang membeli kenderaan untuk ibu bapa atau ahli keluarga. Dalam keadaan seperti itu, kita benarkan permohonan dibuat untuk memindahkan kuota kepada pengguna sebenar.

“Kita akan terus menambah baik sistem berdasarkan maklum balas yang diterima selagi ia tidak menjejaskan matlamat subsidi bersasar,” jelasnya.  – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE