Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Cedera dan ugut sepupu, lelaki dipenjara tiga bulan

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Seorang subkontraktor dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan melakukan ugutan jenayah terhadap sepupunya.

Tertuduh, Arfizan Awang, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Dzul Emy Yunus.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan, berkuat kuasa dari tarikh tangkap, dengan kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan serentak.

Mengikut pertuduhan pertama, Arfizan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa kira-kira jam 2.50 pagi pada 30 Julai 2025 di hadapan sebuah rumah di Taman Likas Jaya, di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa dengan tujuan mendatangkan kematian sehingga menyebabkan wanita itu ketakutan pada masa dan tempat yang sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan pula memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang juga abang sepupu mangsa mengetuk cermin kereta yang dinaiki wanita itu sebelum berlaku pertengkaran apabila mangsa menegurnya kerana mengesyaki tertuduh mabuk.

Dalam kejadian itu, tertuduh menumbuk, menampar, menendang perut dan mencekik leher mangsa sehingga menyebabkannya sukar bernafas.

Tertuduh turut mengugut mangsa sehingga menyebabkan wanita itu ketakutan dan berasa keselamatannya terancam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh.

LEAVE A RESPONSE